Wednesday 30 April 2014

Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"
Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"
Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."
Pesakit: "Wah, apa dia?"
Abang misi: →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.
→ Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.
→ Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.
→Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."
Pesakit: "Hm. Apa dia?"
Abang misi: →"Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.
→Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...
→dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...
→Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."
Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... "
Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.
✔Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?
✔Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?

Tazkirah:
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni 😊
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah" 

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut : Saya bersama-sama Fathimah berkunjung kerumah Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. 
Kami bertanya kepada beliau: “Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Pada malam aku di Israkan ke langit, saya melihat orang-orang yang sedang mengalami penyiksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis.”
- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2014/02/wanita-yang-rasulullah-saw-gambarkan.html#sthash.edyWwL9k.dpuf

Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?” Beliau bersabda :
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangan dicopot dari punggungnya, aspal mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri, serta dibawahnya tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta dan bisu didalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himmar (keledai) yang mendapat berjuta macam siksaan.
10. Wanita yang berbentuk anjing, sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya atau mulutnya dan keluar melalui duburnya, sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, biji mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.” Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hai Fatimah, adapun tentang hal itu :
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan laki-laki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda : “Tidak seorang wanita pun yang menyakiti hati suaminya melalui kata-kata, kecuali Allah s.w.t. akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar tujuh puluh dzira kemudian akan mengikatkannya dibelakang lehernya.”
3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya, kerana dia menyusui anak orang lain tanpa seizin suaminya.
4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tanganya itu, kerana dia keluar rumah tanpa seizin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan dari nifas (keluar darah setelah melahirkan).
5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri, kerena dia bersolek untuk dilihat laki-laki lain serta suka membicarakan aib orang lain.
6. Adapun wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka, dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang banyak, dengan maksud supaya mereka (orang banyak) itu melihat perhiasannya, dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, karena melihat perhiasannya.
7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai keubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking, kerana dia mampu untuk mengerjakan sholat dan puasa, sedangkan dia tidak mau berwudhu dan tidak sholat dan tidak mau mandi wajib.
8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai (himmar), karena dia suka mengadu-domba serta berdusta.
9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Tuesday 29 April 2014

Keajaiban 360 Sendi Manusia Seperti Hadis Nabi SAW 1400 Tahun

Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka." [HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi." [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]
Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith inside the Human Body”, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu , iaitu seperti berikut:
  • 147 sendi di tulang belakang
  • 25 sendi antara tulang belakang
  • 72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
  • 50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?)
  • 24 sendi di dada
  • 2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage
  • 18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk.
  • 2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat).
  • 2 sendi antara skapula dan dada
  • 86 sendi di hujung teratas
  • 2 sendi antara tulang scapular
  • 6 sambungan antara siku.
  • 8 sendi antara pergelangan tangan
  • 70 sendi antara tulang tangan
  • 92 sendi di hujung terbawah
  • 2 sendi pinggul
  • 6 sendi antara tulang lutut
  • 6 sambungan antara pergelangan kaki
  • 74 sendi antara tulang kaki
  • 11 sendi di pelvis
  • 4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
  • 6 sendi antara tulang acetabulm
  • 1 sendi sumphysis kemaluan
Jumlah sendi 360
Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota –anggota di tubuh manusia.
Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi , dan pada masakini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350.
Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” ( Al-Mulk :14)
“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)

 Sumber: http://oh-meletop.blogspot.com

8 Keajaiban Solat Tahajud

Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam. Pesanan Dari Imam Nawawi:
“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”
 Keajaiban Solat Tahajud
Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.  Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :
 1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).
2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,  mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)
3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)
5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)
6. Penghapus dosa 
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)
7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”
8. Menjaga Kesihatan RohaniAllah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)
Sumber: http://oh-meletop.blogspot.com

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris

Cara mudahnya ingin tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta.

Kemudian buka tingkap dan tiup 7kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh. Hanya tiup perlahan-lahan sampai habis nafas.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Sumber: Harianblogger

Surah Al-Waqiah

Kuasa Pagi: Mengapa Usahawan Berjaya Bangun Di Awal Pagi

Apabila menjalankan perniagaan, ia mungkin kelihatan seperti waktu sehari tidak pernah mencukupi. Waktu pagi jarang digunakan untuk aktiviti, dan mungkin ini boleh menjadi kunci bagi meningkatkan produktiviti anda.

Selama 15 tahun, Presiden Starbucks Michelle Gaas telah menetapkan jam loceng beliau pada pukul 4.30 pagi untuk aktiviti berjogging. Gretchen Ruben, penulis popular “The Happiness Project” (Harper Perennial, 2011) akan bangun pada pukul 6 pagi dan bekerja selama satu jam sebelum keluarganya bangun dari tidur. Pakar pengurusan masa, Laura Vanderkam telah menekankan kelebihan bangun awal pagi dan bagaimana menggunakan masa pagi ini dengan lebih cekap lagi di dalam buku penulisan beliau “What The Most Successful People Do Before Breakfast” (Portfolio Trade, 2013). Berikut adalah beberapa kelebihan bangun di awal pagi.

Kemungkinan besar anda tidak akan menghadapi gangguan di waktu awal pagi
Seorang usahawan memenuhi masanya dengan cepat. Jika anda menunggu sehingga waktu petang atau malam bagi melakukan sesuatu yang manfaat diri sendiri seperti bersenam atau membaca, anda mungkin tidak akan dapat lakukannya. “Terdapat banyak halangan peribadi yang akan dihadapi dalam lingkungan pukul 4 petang. Waktu yang berkemungkinan kurang gangguan adalah di awal pagi pada pukul 6 pagi.” kata Vanderkam.

Anda mempunyai tekad yang lebih tinggi di awal pagi
Walaupun anda bukan seorang yang suka bangun pagi, anda mungkin akan merasa tekad yang lebih tinggi jika bangun di awal pagi berbanding waktu di sebelah petang. “Tekad anda umpama seperti otot manusia yang akan menjadi letih apabila digunakan secara berlebihan,” kata Vanderkam.

Bangun di awal pagi memberi peluang kepada anda untuk menetapkan tenaga positif bagi hari tersebut
Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda lupa untuk menetapkan waktu pada jam loceng atau terlupa menyediakan sarapan pagi buat anak-anak? Anda akan dapat rasakan bahawa dengan memulakan aktiviti awal pagi dalam keadaan negatif, ia boleh menjejaskan emosi serta produktiviti kerja sepanjang hari tersebut. Vanderkam memberitahu, dengan bangun di awal pagi, anda berpeluang memulakannya dengan mempunyai perasaan seperti orang berjaya (tenaga positif) dan mempengaruhi aktiviti harian dengan lebih produktif lagi.
 - AzizanOsman - http://azizanosman.com.my

Apa Nak Buat Kalau Belum Berjaya?

Jika apa yang kita inginkan belum tercapai, apa yang anda patut buat? Ada 9S yang anda boleh buat! :-

1- Bersyukur- Bersyukur?? Ya! Bersyukur kerana prinsip bersyukur adalah, setiap apa yang kita syukuri akan membawa nikmat lebih banyak dari Allah swt.

 2- Bersedekah- Dah tak dapat lagi mahu sedekah? Ya! Sedekah! Sedekah adalah hikmah Allah swt untuk mengajar manusia menzahirkan kesyukuran. Sedekah sedikit ikut apa yang kita rasa suka. Berdoa juga berkat sedekah tersebut Allah swt akan sentiasa perbaiki hati kita, sangkaan kita dan membantu menguruskan seluruh urusan hajat kita.

3- Salam- Ya! Memberikan salam kepada setiap muslim lain yang kita jumpa samada kenal atau tidak! Salam membuka pintu rezeki kerana barangsiapa yang menyambung silaturrahim, Allah swt membuka pintu rezekinya. Salam juga adalah cara kita mendoaka kesejahteraan orang lain, barangsiapa yang mendoakan orang lain kebaikan, dia akan mendapat kembali kebaikan tersebut.

4- Senyum- Senyum? Susah ni! Tak capai matlamat! Tertekan dan kena senyum? Ya! Senyum adalah sedekah, sesiapa yang bersedekah, Allah swt akan memberikan dia lebih banyak lagi. Dan senyuman membuka pintu rezeki. Senyuman juga akan membantu kita fokus kepada apa yang baik di keliling kita dan itu penting, kerana apa yang kita fokus, itulah yang kita akan dapat. Bukankah Allah swt mengikut sangkaan hambaNya?

 5- Sujud- Ya! Lebih banyak ujian yang hadir, lagi banyak anda mahu capai tingkat seterusnya dalam hidup anda, lebih banyak sujud yang anda perlukan. Sujud di solat-solat wajib dan banyakkan sujud di solat-solat sunat seperti tahajud, dhuha, sebelum dan selepas solat fardhu, solat hajat, istikharah dan taubat setiap malam. Sujud adalah saat seseorang hamba paling hampir dengan Tuhannya. Waktu sujud terakhir adalah di antara saat doa paling makbul. Berapa banyak kita bersujud menentukan banyak perkara keberkatan dalam hidup kita.

6- Selawat- Ini juga rahsia besar untuk mencapai segala hajat atau memperbaiki hidup dunia akhirat. Sudahkah anda berselawat 1,000x setiap hari? Jika tak mampu 100x? Mana nak dapat dengan setiap satu selawat kita, Allah swt dan malaikat balas balik 10x? Setiap doa kita akan didoakan semula 10 kali ganda!

7- Sumbang- Berapa banyak anda menyumbang tenaga, masa dan apa yang anda mampu kepada membantu orang lain mengikut kebolehan dan kepakarwn anda? Orang yang memberi, sentiasa akan diberi semula lebih banyak dariNya. Itu hukum alam, the more you give, the more you get. Ilmu menjadi ikhlas adalah melakukan lebih banyak dari apa yang dibayar atau diperlukan. Terutamanya kepada orang yang paling hampir kepada kita. Suami, isteri, ibu bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, jiran dan ramai orang lain.

 8- Serah- Serah atau penyerahan; submit diri kita totally kepadaNya di dalam setiap tindakan kita. Minta Dia yang uruskan dan kita buat sebagai level manusia yang hanya mampu sekadarnya. Sebenarnya mana kita ada upaya menjadikan sesuatu. Kita hanya mampu Doa, Ikhtiar, Ilmu dapatkan dan tawakkal. Bila kita lakukan dengan penuh penyerahan, Dia tahulah nak aturkan terbaik untuk kita.

9- Sabar- Sabar di dalam setiap situasi, cabaran atau ujian. Sabar dalam doa, usaha, sabar dalam muhasabah diri, sabar dalam memperbaiki diri, sabar dalam memahami kesilapa diri, sabar di dalam berdoa, sabar di dalam segala aspek. Maksud sabar bukan tunggu tapi maksudnya bertenang. Jika belum capai, teruskan buat dalam sabar. Bila kita tidak sabar, kita akan tercabar!
- AzizanOsman - http://azizanosman.com.my

Monday 28 April 2014

Ayat seribu dinar

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga.

Terjemahannya :
Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Sebab-sebab Seseorang Mendapat Hidayah

Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di anatara satu sama lain tidak sama. Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:

dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana keluarga. Orang ini agak bernasib baik.

dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang sepeti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).

orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideology serta bergaul dengan golongan-golongan itu, maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran.

orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama, maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi Alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.

orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya aya, kenderaan mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, berkasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan dia insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebhagiaan di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.

orang yang sentiasa mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa yang hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran.

orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah
SAW

Sunday 27 April 2014

Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

 Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.
Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu 
dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Wallahu’alam.

 Rujukan:
طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام
Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani

20 Petua Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan  konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai  bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah 
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman- Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan, menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nab s.a.w.
 “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

 4.Sentiasa ingat Allah (SWT)
 Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda : “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya  nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. 
Sabda Nabi s.a.w.:“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
 
7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w. “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan  hajatnya…” (Riwayat Muslim)
 
8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
 
9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
 
10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:  “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya  maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
 
12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman  mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:  “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:  “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad  Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud) 

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)
 
15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “…dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
 
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
 
19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu AbiSyaibah dan al-Hakim)Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
 
20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda:  “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan- amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

 sumber : halaqah.net

Friday 25 April 2014

The Most Beautiful Names of Allah

Asma al-Husna

Allah
The Greatest Name
Ar-Rahman 1 The All-Merciful
Ar-Rahim 2 The All-Beneficient
Al-Malik 3 The Absolute Ruler
Al-Quddus 4 The Pure One
As-Salam 5 The Source of Peace
Al-Mu’min 6 The Inspirer of Faith
Al-Muhaymin 7 The Guardian
Al-’Aziz 8 The Victorious
Al-Jabbar 9 The Compeller
Al-Mutakabbir 10 The Greatest
Al-Khaliq 11 The Creator
Al-Bari’ 12 The Maker of Order
Al-Musawwir 13 The Shaper of Beauty
Al-Ghaffar 14 The Forgiving
Al-Qahhar 15 The Subduer
Al-Wahhab 16 The Giver of All
Ar-Razzaq 17 The Sustainer
Al-Fattah 18 The Opener
Al-’Alim 19 The Knower of All
Al-Qabid 20 The Constrictor
Al-Basit 21 The Reliever
Al-Khafid 22 The Abaser
Ar-Rafi’ 23 The Exalter
Al-Mu’izz 24 The Bestower of Honors
Al-Mudhill 25 The Humiliator
As-Sami 26 The Hearer of All
Al-Basir 27 The Seer of All
Al-Hakam 28 The Judge
Al-’Adl 29 The Just
Al-Latif 30 The Subtle One
Al-Khabir 31 The All-Aware
Al-Halim 32 The Forebearing
Al-’Azim 33 The Magnificent
Al-Ghafur 34 The Forgiver and Hider of Faults
Ash-Shakur 35 The Rewarder of Thankfulness
Al-’Ali 36 The Highest
Al-Kabir 37 The Greatest
Al-Hafiz 38 The Preserver
Al-Muqit 39 The Nourisher
Al-Hasib 40 The Accounter
Al-Jalil 41 The Mighty
Al-Karim 42 The Generous
Ar-Raqib 43 The Watchful One
Al-Mujib 44 The Responder to Prayer
Al-Wasi’ 45 The All-Comprehending
Al-Hakim 46 The Perfectly Wise
Al-Wadud 47 The Loving One
Al-Majíd 48 The Majestic One
Al-Ba’ith 49 The Resurrector
Ash-Shahid 50 The Witness
Al-Haqq 51 The Truth
Al-Wakil 52 The Trustee
Al-Qawi 53 The Possessor of All Strength
Al-Matin 54 The Forceful One
Al-Wáli 55 The Governor
Al-Hamid 56 The Praised One
Al-Muhsi 57 The Appraiser
Al-Mubdi 58 The Originator
Al-Mu’id 59 The Restorer
Al-Muhyi 60 The Giver of Life
Al-Mumit 61 The Taker of Life
Al-Hayy 62 The Ever Living One
Al-Qayyum 63 The Self-Existing One
Al-Wajid 64 The Finder
Al-Májid 65 The Glorious
Al-Wahid 66 The Only One
Al-Ahad 67 The One
As-Samad 68 The Satisfier of All Needs
Al-Qadir 69 The All Powerful
Al-Muqtadir 70 The Creator of All Power
Al-Muqaddim 71 The Expediter
Al-Mu’akhkhir 72 The Delayer
Al-Awwal 73 The First
Al-Akhir 74 The Last
Az-Zahir 75 The Manifest One
Al-Batin 76 The Hidden One
Al-Walí 77 The Protecting Friend
Al-Muta’ali 78 The Supreme One
Al-Barr 79 The Doer of Good
At-Tawwab 80 The Guide to Repentance
Al-Muntaqim 81 The Avenger
Al-Afu 82 The Forgiver
Ar-Ra’uf 83 The Clement
Malik al-Mulk 84 The Owner of All
Dhul-Jalali
Wal-Ikram
85 The Lord of Majesty and Bounty
Al-Muqsit 86 The Equitable One
Al-Jami 87 The Gatherer
Al-Ghani 88 The Rich One
Al-Mughni 89 The Enricher
Al-Mani’ 90 The Preventer of Harm
Ad-Darr 91 The Creator of The Harmful
An-Nafi 92 The Creator of Good
An-Nur 93 The Light
Al-Hadi 94 The Guide
Al-Badi 95 The Originator
Al-Baqi 96 The Everlasting One
Al-Warith 97 The Inheritor of All
Ar-Rashid 98 The Righteous Teacher
As-Sabur 99 The Patient One
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...