1- Bersyukur- Bersyukur?? Ya! Bersyukur kerana prinsip bersyukur
adalah, setiap apa yang kita syukuri akan membawa nikmat lebih banyak
dari Allah swt.
2- Bersedekah- Dah tak dapat lagi mahu sedekah? Ya! Sedekah! Sedekah
adalah hikmah Allah swt untuk mengajar manusia menzahirkan kesyukuran.
Sedekah sedikit ikut apa yang kita rasa suka. Berdoa juga berkat sedekah
tersebut Allah swt akan sentiasa perbaiki hati kita, sangkaan kita dan
membantu menguruskan seluruh urusan hajat kita.
3- Salam- Ya! Memberikan salam kepada setiap muslim lain yang kita
jumpa samada kenal atau tidak! Salam membuka pintu rezeki kerana
barangsiapa yang menyambung silaturrahim, Allah swt membuka pintu
rezekinya. Salam juga adalah cara kita mendoaka kesejahteraan orang
lain, barangsiapa yang mendoakan orang lain kebaikan, dia akan mendapat
kembali kebaikan tersebut.
4- Senyum- Senyum? Susah ni! Tak capai matlamat! Tertekan dan kena
senyum? Ya! Senyum adalah sedekah, sesiapa yang bersedekah, Allah swt
akan memberikan dia lebih banyak lagi. Dan senyuman membuka pintu
rezeki. Senyuman juga akan membantu kita fokus kepada apa yang baik di
keliling kita dan itu penting, kerana apa yang kita fokus, itulah yang
kita akan dapat. Bukankah Allah swt mengikut sangkaan hambaNya?
5- Sujud- Ya! Lebih banyak ujian yang hadir, lagi banyak anda mahu
capai tingkat seterusnya dalam hidup anda, lebih banyak sujud yang anda
perlukan. Sujud di solat-solat wajib dan banyakkan sujud di solat-solat
sunat seperti tahajud, dhuha, sebelum dan selepas solat fardhu, solat
hajat, istikharah dan taubat setiap malam. Sujud adalah saat seseorang
hamba paling hampir dengan Tuhannya. Waktu sujud terakhir adalah di
antara saat doa paling makbul. Berapa banyak kita bersujud menentukan
banyak perkara keberkatan dalam hidup kita.
6- Selawat- Ini juga rahsia besar untuk mencapai segala hajat atau
memperbaiki hidup dunia akhirat. Sudahkah anda berselawat 1,000x setiap
hari? Jika tak mampu 100x? Mana nak dapat dengan setiap satu selawat
kita, Allah swt dan malaikat balas balik 10x? Setiap doa kita akan
didoakan semula 10 kali ganda!
7- Sumbang- Berapa banyak anda menyumbang tenaga, masa dan apa yang
anda mampu kepada membantu orang lain mengikut kebolehan dan kepakarwn
anda? Orang yang memberi, sentiasa akan diberi semula lebih banyak
dariNya. Itu hukum alam, the more you give, the more you get. Ilmu
menjadi ikhlas adalah melakukan lebih banyak dari apa yang dibayar atau
diperlukan. Terutamanya kepada orang yang paling hampir kepada kita.
Suami, isteri, ibu bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, jiran
dan ramai orang lain.
8- Serah- Serah atau penyerahan; submit diri kita totally kepadaNya
di dalam setiap tindakan kita. Minta Dia yang uruskan dan kita buat
sebagai level manusia yang hanya mampu sekadarnya. Sebenarnya mana kita
ada upaya menjadikan sesuatu. Kita hanya mampu Doa, Ikhtiar, Ilmu
dapatkan dan tawakkal. Bila kita lakukan dengan penuh penyerahan, Dia
tahulah nak aturkan terbaik untuk kita.
9- Sabar- Sabar di dalam setiap situasi, cabaran atau ujian. Sabar
dalam doa, usaha, sabar dalam muhasabah diri, sabar dalam memperbaiki
diri, sabar dalam memahami kesilapa diri, sabar di dalam berdoa, sabar
di dalam segala aspek. Maksud sabar bukan tunggu tapi maksudnya
bertenang. Jika belum capai, teruskan buat dalam sabar. Bila kita tidak
sabar, kita akan tercabar!
- AzizanOsman - http://azizanosman.com.my
No comments:
Post a Comment