Tuesday 29 April 2014

Kuasa Pagi: Mengapa Usahawan Berjaya Bangun Di Awal Pagi

Apabila menjalankan perniagaan, ia mungkin kelihatan seperti waktu sehari tidak pernah mencukupi. Waktu pagi jarang digunakan untuk aktiviti, dan mungkin ini boleh menjadi kunci bagi meningkatkan produktiviti anda.

Selama 15 tahun, Presiden Starbucks Michelle Gaas telah menetapkan jam loceng beliau pada pukul 4.30 pagi untuk aktiviti berjogging. Gretchen Ruben, penulis popular “The Happiness Project” (Harper Perennial, 2011) akan bangun pada pukul 6 pagi dan bekerja selama satu jam sebelum keluarganya bangun dari tidur. Pakar pengurusan masa, Laura Vanderkam telah menekankan kelebihan bangun awal pagi dan bagaimana menggunakan masa pagi ini dengan lebih cekap lagi di dalam buku penulisan beliau “What The Most Successful People Do Before Breakfast” (Portfolio Trade, 2013). Berikut adalah beberapa kelebihan bangun di awal pagi.

Kemungkinan besar anda tidak akan menghadapi gangguan di waktu awal pagi
Seorang usahawan memenuhi masanya dengan cepat. Jika anda menunggu sehingga waktu petang atau malam bagi melakukan sesuatu yang manfaat diri sendiri seperti bersenam atau membaca, anda mungkin tidak akan dapat lakukannya. “Terdapat banyak halangan peribadi yang akan dihadapi dalam lingkungan pukul 4 petang. Waktu yang berkemungkinan kurang gangguan adalah di awal pagi pada pukul 6 pagi.” kata Vanderkam.

Anda mempunyai tekad yang lebih tinggi di awal pagi
Walaupun anda bukan seorang yang suka bangun pagi, anda mungkin akan merasa tekad yang lebih tinggi jika bangun di awal pagi berbanding waktu di sebelah petang. “Tekad anda umpama seperti otot manusia yang akan menjadi letih apabila digunakan secara berlebihan,” kata Vanderkam.

Bangun di awal pagi memberi peluang kepada anda untuk menetapkan tenaga positif bagi hari tersebut
Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda lupa untuk menetapkan waktu pada jam loceng atau terlupa menyediakan sarapan pagi buat anak-anak? Anda akan dapat rasakan bahawa dengan memulakan aktiviti awal pagi dalam keadaan negatif, ia boleh menjejaskan emosi serta produktiviti kerja sepanjang hari tersebut. Vanderkam memberitahu, dengan bangun di awal pagi, anda berpeluang memulakannya dengan mempunyai perasaan seperti orang berjaya (tenaga positif) dan mempengaruhi aktiviti harian dengan lebih produktif lagi.
 - AzizanOsman - http://azizanosman.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...