Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada
bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di anatara satu
sama lain tidak sama. Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah
adalah seperti berikut:
dia lahir di dalam keluarga yang
beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal
daripada suasana keluarga. Orang ini agak bernasib baik.
dia yang
lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari
kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari
dan mengamalkan. Orang sepeti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian
Allah secara wahbiah (secara anugerah).
orang yang di dalam
perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam
dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik
dan bahagia lantas mengikut golongan itu.
orang yang sentiasa
mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji,
memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari
berbagai-bagai agama dan ideology serta bergaul dengan golongan-golongan
itu, maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran.
orang yang
mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama,
menghadiri majlis-majlis agama, maka dia mendapat petunjuk dari mengaji
dan mendengar itu.
orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas
kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam
dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia
mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.
orang yang mendapat
kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti
melihat di dalam mimpi Alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia
sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah
perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain
kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.
orang
yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan
dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya aya, kenderaan mewah, harta
banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis
sering berlaku, berkasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing
membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan dia insaf
bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebhagiaan di dunia apatah lagi di
Akhirat kelak.
orang yang sentiasa mengalami kehidupan mewah,
serba ada, apa yang hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun
kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak peranda lantas dia
insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran.
orang yang
dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa
mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia
sepertimana Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa
Rasulullah
No comments:
Post a Comment